Tipu urusan jual beli lembu korban, 11 laporan polis terhadap Acai

Tipu urusan jual beli lembu korban, 11 laporan polis terhadap Acai

Bagan Serai: Sebanyak 11 laporan polis dibuat sekumpulan individu terdiri daripada penternak, wakil masjid dan surau terhadap lelaki dikenali sebagai ‘Acai’ yang didakwa menipu dalam urusan membekal puluhan lembu untuk ibadah korban di daerah Kerian.

Wakil penternak, Suhairi Abdullah Sani, 38, berkata, dia mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila membekalkan sebanyak lapan lembu ternakannya kepada lelaki berusia 40-an itu seminggu sebelum Aidiladha tanpa mengambil sebarang wang pendahuluan.



Menurutnya, lelaki terbabit berjanji akan membuat bayaran penuh secara tunai selepas semua lembu itu diserahkan kepada pembeli.

“Acai ini memang kami kenal kerana dia ‘orang tengah’ dalam urusan pembelian lembu bagi tujuan ibadah korban.

“Sebelum ini tidak ada sebarang masalah dan disebabkan itu kami sebagai pembekal dan penternak berani memberikan lembu kepadanya.

“Kami tidak menjangka perkara ini berlaku dan difahamkan pada tahun ini ramai penternak dan pembeli yang terkena dengannya,” katanya ditemui di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, petang tadi.



Menurutnya, pada hari ini saja, sebanyak 11 laporan polis dibuat oleh penternak dan pembeli yang terdiri daripada wakil masjid, surau dan individu membabitkan kerugian hampir RM200,000.

“Difahamkan masih ramai yang turut mengalami kerugian namun belum membuat laporan polis.

“Pelbagai usaha dibuat untuk mengesan Acai termasuk mencari di kediamannya di Sungai Bogak, namun difahamkan dia bersama isteri dan seorang anak melarikan diri dengan menaiki bas dari Parit Buntar ke arah yang tidak pasti pada 13 Julai lalu,” katanya.

Seorang lagi mangsa, S Linggeswaran, 45, berkata, dia bersama rakan A Moganarash, 40, yang juga pembekal dan penternak mengalami kerugian lebih RM70,000 apabila ditipu individu sama pada dua tahun lalu.



Menurutnya, lelaki itu berjanji akan membayar wang hasil jualan lembu namun sehingga pada tahun ini pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran.

“Kami sudah beri tempoh lebih dua tahun. Pelbagai alasan diberi, kad pengenalan hilanglah, kena rompaklah, sampailah hari ini, duit kami dengan dia pun hilang.

“Kami berharap polis dapat ambil tindakan terhadapnya kerana bukan saja penternak yang mengalami kerugian malah pihak masjid dan surau turut mengalami nasib sama,” katanya. HM

Tipu urusan jual beli lembu korban, 11 laporan polis terhadap Acai




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker