Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Perbuatan penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah yang menggelek sewaktu majlis akikah mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Menerusi hantaran Facebook beliau, Ustaz Ahmad Dusuki secara umum memberi nasihat kepada umat Islam berhubung setiap harta yang diperolehi dan cara ia dibelanjakan kelak akan di soal oleh Allah SWT.



“Tidak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, dibimbang jika yang masuk duit itu membawa kepada kecelakaan pada masa depan.

“Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika hartanya hanya mengenyangkan perut, tergolek-golek di akhirat nanti menjawab di hadapan Allah.

“Lebih-lebih lagi hartanya daripada sumber menggelek punggungnya dalam khalayak ramai di dunia ini.



“Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? Bangganya kau,” menurut hantaran tersebut.

Terdahulu Kosmo! melaporkan jawapan Ifa tentang tohmahan netizen selepas dikecam berkelakuan tidak sopan (bergelek) sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini.

Menerusi laporan tersebut, Ifa mengatakan, “Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan”.

Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkata, terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan. K Online



Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)



Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker