Datuk Awie pula disiasat polis Melaka

Datuk Awie pula disiasat polis Melaka

MELAKA: Datuk Awie pula disiasat polis Melaka.  Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, akan dipanggil untuk diambil keterangan susulan dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada satu majlis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata penganjur serta beberapa individu yang terbabit dengan majlis yang dihadiri artis terbabit turut akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini.

Datuk Awie berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.43 tengah malam tadi, berhubung dakwaan pelanggaran SOP oleh vokalis kumpulan Wings’s itu ketika menjayakan satu misi kemanusiaan.

“Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

“Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sukri berkata, polis memohon agar individu-individu yang terbabit atau mempunyai maklumat untuk hadir bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3, 2021.

“Polis Melaka juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie bersama beberapa individu tanpa memakai pelitup muka, membuat persembahan yang dipercayai berlangsung pada 30 April lalu.

 


 

Baca Artikel Menarik

Biodata Artis Awie

 


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker