Gol Shukor Adan jelmaan ‘Tangan Tuhan’ Maradona


Pemain KL City FC, Shukor Adan menjaringkan gol ketika menentang UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi. Gol ‘Tangan Tuhan’ Maradona ketika menentang England pada suku akhir Piala Dunia 1986.

KUALA LUMPUR: Pemain KL City FC, Shukor Adan menjelmakan gol ‘Tangan Tuhan’ legenda Argentina, Maradona dalam perlawanan Liga Super menentang UiTM FC malam tadi.

Dalam perlawanan di Stadium UiTM Shah Alam, Shukor menjaringkan gol menggunakan tangan, walaupun kelihatan cuba menanduk bola daripada sepakan percuma.

Tindakan licik pemain veteran berusia 41 tahun itu yang menaikkan tangan dalam situasi kelam kabut di depan gol tidak disedari pengadil, Mohd Shahrizan Mohamad Solihim.

Jaringan itu pada mulanya dianggap sebagai gol sendiri pemain UiTM FC, bagaimanapun komisioner perlawanan mengesahkan ia menjadi milik Shukor.

Dengan jaringan kontroversi itu, bekas pemain kebangsaan tersebut turut mencipta rekod sebagai pemain paling tua menjaringkan gol dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), menurut laporan Berita Harian.

Selepas jaringan itu, pemain UiTM FC cuba melakukan bantahan kepada Shahrizan namun gol berkenaan tetap disahkan sekali gus menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Jaringan penyamaan itu menyelamatkan skuad “Warga Kota” daripada diaibkan pasukan tercorot Liga Super itu yang mendahului menerusi sepakan penalti, Kwon Yong Hyun pada minit ke-82.

Situasi itu sekali gus memusnahkan harapan skuad bimbingan Frank Bernhardt itu untuk meraih kemenangan sulung musim ini dan sekadar meraih dua mata daripada 13 perlawanan.

Selepas liga kembali bersambung Julai ini, KL City akan menempah pertembungan “Derbi Lembah Klang” bertemu Selangor FC di laman sendiri sementara UiTM FC berdepan tugas sukar bertemu pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT). FMT

Selamat Jalan Buat Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker