Batu penghadang jalan hanya dialihkan jika rentas daerah dibenarkan – Polis

Gambar beberapa orang mengusung keranda melepasi batu penghadang jalan di Kilometer 20, Jalan Rawang – Sungai Choh. – Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Batu penghadang jalan yang diletakkan di Kilometer 20 Jalan Rawang – Sungai Choh hanya akan dialihkan selepas kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan rentas daerah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata batu penghadang itu diletakkan sejak 13 Januari lalu sebaik kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua dan melarang rentas daerah serta negeri.

“Untuk makluman, batu penghadang dipasang di sempadan daerah Gombak dan Hulu Selangor apabila PKP fasa dua dilaksanakan.

“Ia bertujuan menyekat pergerakan rentas daerah di kawasan terbabit dan ia sebagai salah satu inisiatif memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Pengguna jalan raya sudah dimaklumkan supaya menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Rawang Bypass,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

‘Barisan Hadapan’ gugur dalam kemalangan

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa gambar orang mengusung keranda melepasi penghadang jalan di lokasi terbabit yang tular di media sosial, hari ini.

“Ketika PKP pertama, batu penghadang yang sama juga pernah didirikan di lokasi terbabit dan sudah dibuka semula apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Orang ramai diminta bekerjasama dan bersabar sedikit dalam situasi sukar ini. Batu penghadang itu akan dibuka apabila pergerakan rentas daerah dibenarkan,” kata beliau.

Katanya, isu sama juga pernah tular pada 30 Januari dan pada 3 Februari lalu yang dimuat naik dan dikongsi netizen melalui media sosial.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menerusi akaun Facebook, hari ini memuat naik beberapa gambar menunjukkan beberapa individu mengusung keranda melepasi batu penghadang bersama van jenazah.

Al-Fatihah : Sarjan Polis Maut Motosikal Terbabas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker