Peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara mendapat di Jepun

 

SEOUL – Korea Utara melancarkan peluru balistik antara benua (ICBM) pada Sabtu dan mendarat di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Jepun selepas Pyongyang memberi amaran keras mengenai tindakan terhadap latihan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan akan datang.

Pelancaran itu adalah yang pertama dilakukan Pyongyang dalam tempoh tujuh minggu, beberapa hari sebelum Seoul dan Washington dijangka memulakan latihan ketenteraan bersama yang bertujuan meningkatkan tindak balas mereka jika berlaku serangan nuklear Korea Utara.

Ketua jurucakap kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno berkata, Korea Utara melepaskan sebuah peluru ICBM yang terbang selama 66 minit sebelum mendarat di ZEE negaranya.

Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada berkata, peluru tersebut mungkin mempunyai kapasiti terbang sejauh 14,000 kilometer (km) yang bermaksud ia mampu tiba di tanah besar AS.



Tentera AS memberitahu AFP, pihaknya telah mengesan pelancaran yang ditembak pada trajektori tinggi dan terbang sejauh 900 km.

“Spesifikasi terperinci sedang dianalisis dengan teliti oleh pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan AS,” tambahnya.

Pejabat Presiden Korea Selatan berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara untuk membincangkan mengenai pelancaran tersebut selain memutuskan tindakan tegas terhadap percubaan mengancam keselamatan rakyat negara itu. – AFP

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker