2 kilang makanan diserbu berkait dagangan palsu Halal

Sebaran :

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu dua syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkaitan makanan, dalam dua operasi berasingan ekoran aduan penggunaan perihal dagangan palsu Halal dan penandaan palsu Malaysian Conformity (M.C).

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, operasi terhadap sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembungkusan dan pengedaran makanan ringan seperti biskut di Nilai, Negeri Sembilan dijalankan, setelah disyaki menggunakan perihal dagangan palsu Halal serta penandaan M.C pada kotak produk.

Menurutnya, syarikat tersebut disyaki memasukkan ‘hadiah percuma’ berupa barang mainan ke dalam bungkusan atau kotak makanan ringan, dengan meletakkan logo halal dan M.C yang disyaki tidak mendapat kelulusan pada kotak produk.

Azman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan dan semakan terhadap beberapa dokumen mendapati, syarikat berkenaan tidak mempunyai pensijilan halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sudah terang tak perlu suluh, MN tinggal Umno, BN saja

Ia juga tidak mempunyai ‘Certificate of Confirmation’ (C.O.C) bagi barang mainan sebagai ‘hadiah percuma’ yang membolehkan syarikat itu meletakkan tanda M.C, sebagai indikasi barang tersebut telah mematuhi standard keselamatan barang mainan yang ditetapkan pada kotak barang berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 2011 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Sebanyak 1,700 unit barang mainan yang tidak mempunyai tanda pematuhan M.C disita, selain dokumen syarikat tersebut,” katanya.

Dalam operasi kedua terhadap syarikat pengilang dan pemprosesan kacang serta maruku, Azman berkata hasil semakan beberapa dokumen mendapati, syarikat telah memperoleh sijil halal yang sah dari JAKIM.

Bagaimanapun, JAKIM mengeluarkan empat notis berhubung ketidakakuran syarikat terhadap Pengilangan Kontrak Pengeluar Peralatan Asal (OEM) dan kawalan halal dalaman.


Sebaran :

Leave a Reply