Janji Salah Buat Penyokong

LIVERPOOL: Mohamed Salah berjanji bahawa Liverpool akan terus bertarung dengan hebat bagi menyelamatkan musim mereka.

Skuad juara Liga Perdana Jurgen Klopp semakin bergelut apabila melepaskan kelebihan awal sebelum tewas 3-1 di tangan Leicester — kekalahan ketiga berturut-turut pasukan itu.

Usaha mempertahankan gelaran Reds juga berdepan ancaman besar apabila tersingkir daripada saingan merebut dua piala domestik.



Penyokong bagaimanapun menunjukkan sokongan buat bos Klopp menerusi kain rentang di Anfield.

Dan Salah menerusi Twitter berkata: “Ia adalah tempoh yang sukar kerana banyak sebab.

“Kami adalah juara dan kami akan bertarung seperti juara, sehingga ke penghujung.

“Kami tidak akan membenarkan musim ini ditentukan dengan keputusan terbaharu dilalui kami.

“Itu janji saya kepada anda semua.”

Skuad The Kop mendahului 1-0 di King Power menerusi jaringan babak pertama Salah tetapi bocor tiga gol dalam tempoh tujuh minit selepas itu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker