Majlis itu tiada kaitan dengan saya – KPD Putrajaya

Putrajaya: Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali menafikan kehadiran beliau di sebuah rumah yang mengadakan majlis tertutup di sini, ada kaitan dengan dirinya.

Sebaliknya, kehadiran beliau di rumah itu selepas mendapat laporan daripada orang ramai mengenai majlis berkenaan.

Berikutan itu, Mohd Fadzil berkata, beliau hadir ke rumah itu disusuli sepasukan polis untuk menjalankan pemantauan dan kemudiannya mengeluarkan saman kepada pemilik rumah berkenaan.



“Saya datang selepas mendapat laporan mengenai majlis itu, pasukan pemantauan datang sedikit lambat kerana mereka bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR), dan di SJR sedikit sibuk dan banyak kita keluarkan saman hari ini.

“Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan, tetapi ia tiada kena mengena dengan saya seperti didakwa.

“Difahamkan di rumah itu ada mengadakan majlis doa selamat dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Jadi saya sudah arahkan pasukan pemantauan untuk mengeluarkan saman terhadap tuan rumah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di Twitter mengenai gambar sebuah rumah yang mengadakan majlis di sini dan mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil.-HM



Peguam Saman Agong Ada Kaitan Dengan Anwar?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker