Kematian COVID-19 melebihi 2.3 juta orang

PARIS: Pandemik COVID-19 sudah meragut sekurang-kurangnya 2,368,493 orang di seluruh dunia, sejak ditemui di China Disember tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 107,706,980 kes jangkitan COVID-19 dicatatkan dan dari jumlah itu, sekurang-kurangnya 65,828,800 kini sudah pulih sepenuhnya.

Angka ini berdasarkan jumlah harian yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan di setiap negara dan tidak termasuk penilaian semula oleh organisasi statistik, seperti yang berlaku di Russia, Sepanyol dan Britain.

Semalam, sebanyak 13,932 kematian baru dan 435,006 kes baharu dicatatkan di seluruh dunia.

Petugas perubatan menyediakan suntikan vaksin COVID-19 kelaran Pfizer-BioNTech di Saluzzo, dekat Cuneo, Itali, hari ini. - Foto AFP
Petugas perubatan menyediakan suntikan vaksin COVID-19 kelaran Pfizer-BioNTech di Saluzzo, dekat Cuneo, Itali, hari ini. – Foto AFP

 

Berdasarkan laporan terkini, negara dengan kematian paling baru Amerika Syarikat (AS) dengan 3,856 kematian, diikuti Mexico dengan 1,474 dan Brazil dengan 1,351.

AS negara paling teruk terjejas dengan 475,449 kematian daripada 27,392,803 kes, diikuti Brazil dengan 236,201 kematian dari 9,713,909 kes, Mexico dengan 171,234 kematian dari 1,968,566 kes, India dengan 155,360 kematian dari 10,871,294 kes dan United Kingdom dengan 115,529 kematian dari 3,998,655 kes.

Negara dengan jumlah kematian tertinggi berbanding penduduknya ialah Belgium dengan 186 kematian per 100,000 penduduk, diikuti oleh Slovenia dengan 177 orang, United Kingdom 170, Republik Czech 167 dan Itali 153.

Secara keseluruhan Eropah mempunyai 794,520 kematian dari 35,214,103 kes, Amerika Latin dan Caribbean 632,330 kematian dari 19,923,788 jangkitan, AS dan Kanada 496,512 kematian daripada 28,209,053 kes.

Asia pula melaporkan 246,706 kematian dari 15,589,909 kes, Timur Tengah 100,228 kematian dari 5,020,106 kes, Afrika 97,251 kematian dari 3,718,174 kes dan Oceania 946 kematian dari 31,853 kes. – AFP

Leave a Reply