Disangka Serbuk Penaik, Rupanya Garam! Pelakon Zara Zya Terpaksa Buang 32 Biji Kek Pisang – Menangis Tak Berlagu Jawabnya…

PELAKON Zara Zya yang kini mengusahakan perniagaan menjual kek pisang meluahkan perasaan kesalnya apabila terpaksa membuang sebanyak 32 biji kek yang dibakarnya pada Khamis.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, kek itu terpaksa dibuang selepas dia tersalah memasukkan garam dalam amaun yang banyak kerana menyangkakan bahan itu adalah tepung serbuk penaik (bicarbonate soda).

“Menangis saya malam ni… bila garam saya ingatkan bicarbonate soda.

“Masin semasin-masinnya kek saya malam ni terpaksa buang 32 biji,” katanya.

Walaupun keknya tidak menjadi, Zara menyifatkan ia antara kenangan paling manis buatnya sepanjang melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan.

“Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman buat saya dalam projek Zarazyacooks walaupun ketawa dalam airmata,”ujarnya.

Netizen yang terhibur dengan perkongsian Zara turut memberikan beberapa tips agar pelakon itu tidak lagi tersalah memasukkan bahan ke dalam adunan

“Bubuh sticker besar-besar kat botol garam itu. Harapnya tidak silap lagi… saya suka kek pisang Zara, tak manis sangat, just nice.
“Labelkan, senang nak kesan. Mana garam, mana tepung serbuk penaik.

Alaalala… Cian dia.. Biasa la kdg2 berlaku kesilapan.. Inshaallah ada hikmahnya.. Tp bila teringat semula mesti gelak kan.. Kan.. Kan… Hihi

“Sabar banyak-banyak ya, mak saya dulu pernah kena juga. Dia buat lepat pisang untuk berniaga, nak masukkan gula tapi termasukkan garam sebenarnya. Terpaksa buang tak boleh buat apa dah,” tulis netizen.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon drama Monalisa itu memanfaatkan masa lapangnya dengan berniaga kek pisang yang dijual pada harga RM10 sebiji.-mSTAR

Leave a Reply