Alhamdulillah, cantik Zara Zya bertudung

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Zara Zya memuat naik gambar bertudung mengundang persoalan ramai terutama dalam kalangan peminat adakah dia sudah bertudung.

Malah, menguatkan lagi spekulasi apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah.

Bagaimanapun, Zara, 35, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Maaf, sebab belum masanya lagi untuk keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya ringkas.

Namun, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Zara menulis kapsyen seolah-olah dia sudah berhijrah.

“Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang,” katanya.

Bahkan, di ruangan komen, kebanyakan rakan selebriti dan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah kepada Zara di atas perubahan berkenaan.

Dalam masa sana, ramai juga yang mendoakan semoga Zara akan terus istiqomah jika memang dia kini sudah berhijab kerana kelihatan sangat manis demgan tudung dipakai.

Apa yang pasti, Zara yang pernah popular dengan drama Love You Mr Arrogant di TV3, kini giat membina empayar perniagaan yang lebih serius diceburinya sejak Ramadan lalu-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker