Universiti Arab Saudi mulakan ujian klinikal vaksin COVID-19

 

DUBAI, 28 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Universiti Imam Abdulrahman bin Faisal di Arab Saudi telah memulakan ujian klinikal fasa pertama bagi vaksin COVID-19.

Sebelum ini, vaksin yang digunakan telah membuktikan keberkesannya terhadap COVID-19 melalui ujian makmal.

Kementerian Pendidikan negara itu turut menyokong langkah mengadakan ujian klinikal fasa pertama.

Universiti berkenaan telah bekerjasama dengan syarikat seperti AstraZeneca dalam pengeluaran vaksin dan ubat-ubatan, terutama memastikan jumlah mencukupi untuk digunakan ketika ujian klinikal.

Arab Saudi pada Selasa mengesahkan 353 kes baharu COVID-19, dengan empat kematian serta 249 lagi dilaporkan pulih.

Jumlah berkenaan menjadikan 370,987 jangkitan, 6,410 kematian dan 362,062 pesakit pulih daripada wabak itu. -Agensi

COVID-19: KKM sudah menghubungi lapan calon vaksin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker