Botakkan Kepala Demi Ibu

Auckland: Sungguh meruntun hati. Sepasang pengantin di New Zealand sanggup berkorban membotakkan rambut mereka demi memberi sokongan kepada ibu mereka yang berjuang kerana barah.

Ibu pengantin wanita, Luna Macapagal dilaporkan menghidap barah ovari tahap empat sejak 2018.

Perjalanan Luna sebagai pejuang barah sesuatu yang menyakitkan kerana rutinnya perlu melalui pelbagai rawatan kemoterapi hingga mengubah penampilan sebagai wanita khususnya pada bahagian rambut.

Alistair, 21, berkata, dia dan isteri, Jony, 21, membuat kejutan itu pada hari bahagia mereka kerana mahu ibu mentuanya sedar dia tidak keseorangan melawan barah kerana mereka semua ada bersamanya melalui perjuangan itu.

Sementara itu, Jony berkata, dia bahagia melihat ibunya tersenyum pada hari perkahwinan mereka itu.

“Saya sangat gembira melihat ibu bangga dan bahagia pada majlis kami itu. Semua orang menangis dan mereka beritahu mereka bangga dengan kami,” katanya dalam portal eva.vn

Majlis perkahwinan mereka berlangsung penuh meriah di sebuah dewan di Auckland, November lalu dan selepas berakhirnya upacara perkahwinan dan tarian, pasangan itu menyempurnakan hajat mereka.

Jony duduk di kerusi dan dibotakkan suaminya sebelum wanita itu menggunting rambut suaminya itu.

Tindakan pasangan berkenaan meruntun hati Luna dan tetamu yang hadir.

Bagaimanapun, Luna dilaporkan meninggal dunia pada 12 Januari lalu.

Terbaharu selepas kematian Luna, pasangan itu melancarkan kutipan dana untuk membantu pertubuhan barah di New Zealand.

Al-Fatihah: Pengantin ViraI Hidap Barah MeninggaI Dunia Selepas Genap 44 Hari Bergelar Isteri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker