Pakej rangsangan baharu idea buruk, kata ahli ekonomi

Cadangan sebuah kumpulan perdagangan supaya kerajaan membuat satu pakej rangsangan ekonomi dikritik kerana berpotensi menimbulkan beban lebih besar kepada rakyat.

Dua ahli ekonomi berkata, kerajaan persekutuan perlu meminjam untuk membiayai satu pakej baharu, yang boleh menyebabkan cukai lebih tinggi pada masa depan.

Namun, kemungkinan rangsangan baharu itu dibuat adalah tipis, kata CEO Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito dan ahli ekonomi dari Universiti Malaya, Mohd Nazari Ismail.



“Di manakah kerajaan boleh mencari sumbernya tanpa menjejaskan kestabilan kewangan jangka panjang negara? Bagi saya, isunya bukanlah apakah yang dilaksanakan oleh kerajaan, tetapi apakah yang sepatutnya dielakkan, iaitu perintah sekatan,” katanya.

Carmelo Ferlito.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menawarkan pinjaman dengan syarat yang mesra perniagaan seperti tempoh pembayaran semula lebih lama atau kadar faedah lebih rendah, bukannya menyediakan lebih banyak subsidi.

Nazari berkata: “Satu-satunya cara untuk membiayai pakej rangsangan lain adalah dengan pinjaman tambahan.

“Untuk kelangsungan kerajaan dalam jangka pendek, itu adalah keputusan bijak. Tetapi dalam jangka panjang, ia bukan keputusan yang bijak kerana akan menambah beban kepada rakyat.”



Pasaran kewangan akan sentiasa bersedia meminjamkan wang untuk pakej lain, tetapi pembayar cukai akan menanggung beban membayar perbelanjaan dan faedah atas pinjaman kerajaan.

 

 

Mohd Nazari Ismail.

Katanya, Putrajaya mungkin perlu melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk meyakinkan pasaran kewangan.



Gesaan supaya pakej rangsangan baharu diberikan datangnya daripada pasukan petugas perusahaan kecil sederhana (PKS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan dalam memorandum 13 perkara baru-baru ini.

Mereka menggesa supaya pakej rangsangan yang mengutamakan PKS, usahawan yang bekerja sendiri dan pekerja yang diberhentikan dilkasanakan.

Mereka meminta moratorium pinjaman dikembalikan, dengan pengecualian faedah untuk semua perniagaan sehingga akhir tahun ini, sementara subsidi upah dinaikkan daripada RM600 kepada minimum RM1,200 hingga 31 Dis depan.-FMT

PM umum pakej rangsangan baru pada Jumaat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker