Tarik balik PKP, laksana SOP yang teratur – Marina Yusoff

Kerajaan didakwa tidak serius dalam usahanya mengekang penularan wabak Covid-19, apabila kelonggaran demi kelonggaran diberikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.

Aktivis politik, Datuk Marina Yusoff berkata, apa makna PKP atau ‘lockdown’ sekiranya kelonggaran yang tidak berjadual diberikan, tetapi pada masa sama, rakyat menjadi mangsa kepada pelanggaran SOP itu.

Katanya, beliau dukacita dengan kaedah dilakukan kerajaan tanpa perancangan terperinci dalam usahanya memerangi Covid-19.

“Apa makna lockdown? Kalau lockdown buatlah lockdown yang betul. Akibat lockdown dan kelonggaran yang tidak berjadual ini, bermakna lagi ramai rakyat ditangkap dan didenda kerana pergi ke kedai kedai tanpa permit polis.

“Apakah ini? Nak aniaya rakyatkah? Sepatutnya bila semua kelonggaran dibuat, lockdown mestilah ditarik balik dan SOP ditetapkan supaya rakyat biasa boleh uruskan kerja dan bergerak tanpa bimbang,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau kemudiannya mempersoalkan siapakah yang dilantik dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana membuat keputusan tanpa rancangan yang teratur.

Soal beliau, adakah mereka tidak berfikir terlebih dahulu, apabila membuat keputusan satu hari buka, satu hari tutup.

“Ini menyeksakan rakyat yang punca rezeki mereka ditutup. Sudahlah. Tarik balik lockdown dan laksana SOP yang teratur.

“Kenapa pula tapak tapak pembinaan, penjara dan kilang yang jadi punca cetus penyakit Covid-19 dan kita yang tak ada kena mengena dengan mereka dikena lockdown?

“Kerana tidak kebijaksanaan ini ramai peniaga kecil sudah tutup peniagaan mereka sehingga langsung tidak dapat mencari rezeki. Kenapa tidak dengar nasihat Menteri Kewangan yang telah nasihat supaya jangan ada lockdown,” ujarnya.

Bagaimanapun, Marina yang merupakan seorang peguam memberitahu, nasihat itu tidak dihiraukan dan lockdown terus dilaksanakan. – MalaysiaGazette

Total lockdown? Kerajaan kaji kesan kesihatan dan ekonomi – Ismail Sabri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker