Culik anak sendiri demi wang, ibu sanggup berkomplot dengan rakan

Seorang wanita di Colombia merancang penculikan anak lelakinya sendiri bersama beberapa rakan untuk mendapatkan wang daripada bapa mangsa, lapor laman berita Oddity Central.

Kes penculikan seorang budak lelaki di Caribe Verde, selatan Barranquilla itu tular pada 12 November lalu.

Kanak-kanak berusia 2 tahun itu diragut daripada tangan ibunya ketika mereka berada di tepi jalan.



Dua suspek menaiki motosikal dan bertopi keledar menghampiri wanita itu dan melarikan anaknya.

Orang awam kemudian melaporkan penemuan seorang kanak-kanak berdasarkan gambar mangsa di sebuah apartmen di Caribe Verde.

Sepasukan polis yang menyerbu rumah itu mendapati mangsa dijaga oleh seorang pemuda.

Apabila polis menyoal pemuda itu, suspek mengaku dia adalah kawan kepada ibu budak berkenaan. Dia diminta menjaganya selama beberapa hari untuk memeras ugut wang 60 juta peso (RM5.06 juta) daripada bapa mangsa.



Media Colombia melaporkan bahawa kanak-kanak berusia 2 tahun itu kini berada dalam jagaan bapanya, sementara ibunya menunggu pertuduhan di penjara. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker