Nampak Macam Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000

Proton Saga sinonim sebagai kereta kebangsaan negara Malaysia kerana ianya lambang kejayaan negara menerokai industri automotif.  Kereta Proton Saga yang pertama dilancarkan pada tahun 1985 dan kereta tersebut telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara.

Pada hari Sabtu yang lalu, tular di Facebook mengenai sebuah Proton Saga tahun 1989 mahu dijual dengan harga RM25,000. Melalui gambar-gambar yang dikongsikan, kita dapat lihat pemilik kereta ini betul-betul menjaganya siap lengkap berbalut dan masih menyimpan buku manual yang asal.

Menurut pemilik posting ini, dia menerima gambar-gambar dan info melalui perkongsiaan WhatsApp. Perkongsian ini telah mendapat ribuan likeshare dan komen dari pengguna Facebook yang lain.

Rata-rata ramai yang kagum apabila melihat kereta yang sudah berusia 32 tahun masih dalam kondisi yang baik dan kelihatan seperti ‘kereta baru’ keluar daripada kilang.

vocket-proton-saga-1989-komen

Salah seorang pengguna Facebook turut berkongsikan video proses restorasi kereta Proton Saga ini yang dikongsikan oleh pemilik kereta ini di YouTube. Melihat proses restorasi yang dibuat, patutlah kereta ini nampak seperti ‘kereta baru’ keluar dari kilang. Hasil kerja mereka memang kemas dan teliti.

Siapa sangka walaupun sudah mencecah 32 tahun, kereta ini masih lagi elok dan boleh bergerak seperti hari pertama ia keluar dari kilang. Jika anda berminat untuk memiliki kereta kebangsaan negara ini, bolehlah hubungi pemilik asal untuk maklumat lanjut.-TheVocket

Mutakhir: Pemilik Proton Saga disaman polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker