Darurat: Banyak persoalan buat rakyat tertanya-tanya


SEHINGGA hari ini ramai rakyat tertanya-tanya, apakah sebabnya kerajaan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan negara ini darurat? Adakah tepat nasihat yang diberikan, atau sekadar atas kepentingan politik sempit?

Apakah implikasi kepada rakyat terbanyak?

Ramai yang baru nak bangkit, bina semula pencarian rezeki masing-masing semasa Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) pertama, tiba-tiba dilakukan PKP sekali lagi, sekali gus dengan pengisytiharan darurat, patah semangat mereka. Di mana patut mereka berpaut?

Sekarang semakin ramai yang membuka payung dan khemah untuk berniaga di tepi jalan. Implikasi darurat ini juga, wakil rakyat yang membawa suara rakyat untuk bertanya soalan secara terus kepada kerajaan hilang disebabkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung sehingga bulan Ogos tahun ini.

Bertambah musykil lagi, kerajaan ada kuasa penuh untuk ambil tindakan apa sahaja semasa darurat Covid-19 ini termasuklah mengambil alih hospital swasta dan premis-premis lain. Wakil rakyat termasuk Ketua Pembangkang beralih ke media sosial untuk bangkitkan isu, tapi kerajaan tiada obligasi untuk menjawab atau memberi penjelasan, tidak seperti di dalam Parlimen atau DUN.

Perdana Menteri pula asyik membuat perutusan sahaja dan tiada interaksi dua hala bersama wartawan.Rakyat juga tertanya-tanya tentang tiga dewan di Parlimen Pagoh bernilai RM13 juta.

Kenapa projek itu menjadi keutamaan sedangkan para petugas barisan hadapan dilaporkan bertungkus lumus menjahit pakaian keselamatan (PPE) sendiri?
Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan juga banyak yang mengelirukan, terbaru SOP Tahun Baru Cina. Rakyat di bawah juga nak tahu apakah SOP untuk menteri dan rakyat berlainan?

Akhir sekali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairi Jamaluddin ditugaskan menjaga imunisasi. Namun, bukankah ini tugas Menteri Kesihatan yang ada dua Timbalan Menteri?

Apakah rasional tidak diletakkan di bawah KKM? Ya, banyak tanda soal yang diletakkan sebab mahukan penjelasan yang sewajarnya. Rakyat sedang gelisah di bawah, tapi kerajaan tidak menampakkan adanya ketelitian dalam melawan krisis ini mengakibatkan keadaan menjadi cacamarba.

Sekali lagi mahu bertanya, adakah darurat ini sebenarnya adalah jalan mudah untuk kerajaan masuk ke zon selesa (complacent) untuk lari daripada ada soal jawab daripada pembangkang di Parlimen mahupun lari daripada pengetahuan rakyat?

Nahar Md Nor
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

https://mykmu.net/2018/05/02/apakah-mahathir-dan-daim-rancang-untuk-cetuskan-huru-hara-seperti-1969/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker