Ibu Klopp meninggal dunia

London: Jurgen Klopp berdepan saat menyedihkan selepas ibu kesayangannya, Elisabeth meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Lebih memilukan, pengurus Liverpool itu tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ibunya berikutan larangan memasuki Jerman kerana pandemik Covid-19.

Pengendali berusia 53 tahun itu memberikan penghormatan kepada ibunya selepas berita mengejutkan itu.



Beliau memberitahu akhbar Schwarzwalder Bote: “Dia amat bermakna kepada saya. Dia adalah ibu yang terbaik di dunia. Sebagai penganut kristian yang taat, saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik ketika ini.

Klopp menambah: “Saya tidak dapat menghadiri upacara pengembumiannya kerana situasi yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Sebaik sahaja keadaan mengizinkan, kami akan mengadakan majlis peringatan yang sesuai untuknya.”

Kali terakhir Klopp menemui ibunya itu pada ulang tahun kelahiran ke-80 tahun lalu.



Bapa Klopp, Norbert meninggal dunia pada tahun 2000 di usia 66 tahun.-HM

Julang Piala EPL : Hari paling bermakna buat Klopp



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker