Konsert Buat Susu Lembu Lebih Sedap

LONDON – Sebuah ladang ternakan di Dorset, England memberi layanan istimewa kepada lembu peliharaan di situ dengan me­nyajikan alunan muzik konsert ketika proses memerah susu dilakukan, lapor The Sun, kelmarin.

Idea mengadakan konsert khas buat ternakan ini dipercayai mampu menjadikan ‘mood’ lembu berada dalam keadaan baik dan menjadikan susu yang dihasilkan lebih berkualiti.



Konsert ini diadakan ming­gu lalu di dalam kandang yang dipenuhi lembu dan diketuai pemuzik yang pernah terlibat dalam persembahan artis popular seperti Rod Stewart dan Ro­lling Stones iaitu Ben Waters.

Menurut Waters, hampir 120 ekor ternakan di kandang itu kelihatan seronok dan menikmati muzik jazz dan rock yang dimainkannya sepanjang proses me­merah susu dijalankan.
“Saya rasa lembu-lembu ini suka dengan idea memasang lagu ketika susu diperah.

“Ada yang sanggup menge­luarkan kepala dari pagar kandang untuk mendengar muzik dengan lebih jelas. Saya rasa haiwan itu gembira,” katanya.



Perkara itu turut diakui oleh salah seorang pekerja ladang, Rex Fisher yang memberitahu, ‘mood’ lembu-lembu tersebut lebih baik ketika muzik dimainkan.

“Saya yakin susu yang dihasilkan lembu ini selepas mende­ngar lagu-lagu konsert ini akan menjadi lebih sedap serta manis,” katanya. – Agensi

Sama Tapi Tak Serupa, Ini 5 Perbezaan Susu Generasi Terdahulu & Sekarang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker