AIMAN TINO NAFI DIKONGKONG ‘GADIS’, MENGAKU SILAP TAK BALAS MESEJ IBU

Berkenalan atas urusan kerja!

Begitulah dakwa Aiman Tino mengenai kontroversi yang timbul semalam kononnya dia dikongkong seorang gadis dikenali sebagai ‘Farah’ hingga lupa keluarga.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima,” demikian balas Aiman Tino mengenai status yang dimuat naik ibunya yang mendakwa dia sudah berubah.

Malah ibunya Hazelina Mat Jalil, mendakwa terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi melalui Instagram (IG) Storynya.

AT%2B2.jpg

Bila dihubungi media, Aiman akhirnya mengaku kontroversi termasuk dakwaan sudah melupakan keluarga timbul atas kesilapan sendiri.

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sehubungan itu, dia akan segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah itu.

AT%2B3.jpg

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” tambahnya.

Aiman Tino Hilangkan Diri? “Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis, Sila Buat Pengumuman, Jangan Susahkan Kami”. Ibu Aiman Tino Berang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker