Dana RM1bilion untuk jatuhkan kerajaan, SETPOL PM mahu polis lakukan siasatan

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, meminta polis menyiasat dakwaan bahawa ada pihak sanggup menyediakan dana sehingga RM1 bilion untuk menumbangkan kerajaan perpaduan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azman berkata sekiranya dakwaan tersebut benar maka ia adalah “kerja gila” dan mampu menggugat kestabilan politik serta mengancam ekonomi negara.

“Dakwaannya adalah dana ini disediakan untuk memberi rasuah kepada ahli parlimen tertentu supaya menarik balik sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim.

“Justeru saya minta pihak polis memulakan siasatan berhubung dakwaan ini,” katanya.

Semalam sebanyak enam laporan polis dibuat oleh PKR Bandar Tun Razak bagi menggesa polis menyiasat dakwaan wujud gerakan menggulingkan kerajaan persekutuan.

Azman merupakan ketua cabang PKR Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun dia tidak mendedahkan maklumat mengenai siapakah pemberi dan penerima dana tersebut.

Terdahulu, beberapa sumber dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberitahu Malaysiakini, ada sekurang-kurangnya dua bekas pemimpin tertinggi kerajaan menjadi dalang dalam usaha menumbangkan kerajaan.

“Mereka berjanji menyediakan dana sebanyak RM750 juta untuk memberi rasuah kepada ahli-ahli politik bagi menarik sokongan daripada Anwar.

“Malah, jika perlu mereka juga sanggup menaikkan jumlah dana itu sehingga RM1 bilion,” kata sumber-sumber itu.

Sumber terbabit juga mengesahkan bahawa kenyataan Anwar yang menyentuh mengenai “derma” bernilai jutaan ringgit dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong adalah merujuk kepada usaha membeli ahli parlimen kerajaan.

“Seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” kata Anwar.

Sebelum ini, sesetengah pemimpin pembangkang memberi bayangan bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih kerajaan melalui sokongan yang diberikan majoriti ahli parlimen.

Misalnya kenyataan dibuat Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa parti itu mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan perpaduan.

Media melaporkan Sanusi sebagai berkata pihaknya hanya “menunggu hari saja” untuk melaksanakan rancangan tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker