[VIDEO] Hantar Rombongan Meminang Nak Pujuk Semula Sera..“Gimik Sampai Gadaikan Kerjaya & Maruah Sendiri Ke…?” -Shuk 🔥HotFM

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Semalam, Shuk membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi. Pada awalnya, Shuk yang lengkap memakai baju pengantin meminta izin daripada izinnya untuk berkahwin.

Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Rossalennah ketika itu turut terkejut dengan permintaan pelawak tersebut. Namun, rupanya Shuk lengkap berbaju pengantin itu untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

SELEPAS tiga minggu berantakan, pelawak Shuk Sahar akhirnya berjaya memujuk isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah kembali berbaik pada malam Isnin.

Menurut Shuk, 35, mereka juga sudah kembali tinggal sebumbung di Puncak Alam, Selangor.

Shuk ketika dihubungi berkata, dia sengaja memilih hari pelancaran produk isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera untuk majlis ‘peminangan’ tersebut

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Saya tahu ramai yang tuduh kontroversi baru baru ini gimik sebab saya muncul secara live Sera masa dia tengah lancar produk pula itu.

Terpulanglah nak cakap apa pun. Saya ada sebab kenapa pilih hari ini untuk ‘pinang’ Sera sekali lagi. Saya dapat tahu dia akan lancar produk hari ini dan saya rancang dengan sahabat saya untuk muncul dalam  live tersebut.

“Biarpun ada yang kata Sera nampak tidak selesa dan sebagainya, tapi saya tak ada cara lain nak bertemu Sera, saya berasakan malam ini adalah malam yang sesuai,” katanya.

Shuk berkata, tuduhan kononnya dia dan isteri sengaja mencipta kontroversi adalah tidak berasas dan kurang bijak.

“Bodohlah saya kalau sengaja cipta kontroversi sehingga boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga serta hampir hilang kerja.

“Sebelum ini saya balik kampung melawat mak ayah saya di Pulau Pinang dan malam semalam (Isnin), saya betul-betul pujuk Sera (isteri) dan jelaskan semua benda pada dia.

“Kalau kita berani buat salah, kita jangan takut mengaku kesalahan dan cari penyelesaiannya.

“Sekarang saya akan buat apa sahaja yang terbaik sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Rumah tangga Shuk dan isteri dilanda kemelut apabila pelawak itu dikatakan curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Terdahulu, penyampai radio Hot FM ini membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan meminang isterinya sekali lagi pada malam Isnin.

Menerusi video itu, Shuk juga mengambil kesempatan memujuk isterinya agar kembali berbaik.

Dalam pada itu mengulas mengenai dakwaan netizen bahawa Shuk sengaja menjadikan konik rumah tangganya sebagai gimik untuk sebuah produk kecantikan yang dijual isterinya, Shuk meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian.

“Semalam (Isnin) memang saya nak ambil kesempatan itu nak berbaik dengan isteri, sebab saya rasa ia masa yang sesuai dan ini juga merupakan idea pengasas produk tersebut, Joe.

“Pada saya, kita tak boleh nak betulkan semua orang (tanggapan orang).

“Takkanlah saya nak gunakan isu rumah tangga sendiri sebagai gimik,” katanya.

Sementara itu, Shuk juga turut meluahkan rasa sedih kerana masih belum mendapat maklum balas dari pihak pengurusan Hot FM berkaitan penggantungannya.

Shuk digantung tugas bermula 25 Januari lalu sejak isu mengenai rumah tangganya kembali hangat diperkatakan dua hari sebelum itu.

“Sampai sekarang tiada feedback daripada Hot FM lepas saya dah beri surat balas kepada mereka.

“Sebenarnya, saya rasa tergantung juga la sebab tak tahu sampai bila status saya macam ini (tidak boleh bersiaran).

“Saya rindu sangat nak kembali on-air sebab saya dah empat tahun dengan Hot FM dan itu memang kerjaya utama saya,” katanya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimy yang berusia dua tahun

Sumber: Gempak, mSTAR

Leave a Reply