Dua pelumba negara tukar profesion ke industri perkilangan demi kelangsungan hidup

Pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat pelumba-pelumba motosikal negara untuk terus mengharungi detik mencabar apabila hilang pendapatan susulan perlumbaan tidak dapat dilangsungkan.

Bagi dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Ramdan Rosli, mereka terus kekal positif dengan menukar karier daripada dunia permotoran ke sektor perkilangan.

Jelas Ramdan, walaupun ada segelintir mempersoalkan kerjaya yang diceburinya pada ketika ini, namun beliau melihat ia sebagai satu pembakar semangat untuk meneruskan survival.

“Ramai juga yang pelik apabila kami tukar profesion ini, namun ini untuk kelangsungan hidup.

Bagi Azlan Shah, mereka bukan saja ceburkan diri dalam sektor perkilangan, namun pelbagai lagi kerja dibuat bagi memastikan mereka ada pendapatan dan mengisi masa lapang.

“Saya dan Ramdan bukan sahaja bekerja di kilang, malah kami juga banyak buat kerja lain. Kami jual insurans dan buat delivery (kerja penghantaran).

“Kami pelbagaikan kerja kami secara sambilan ini,” kata Azlan Shah.

Jelas Azlan tahun 2021 ini sangat mencabar kerana masih belum ada sinar harapan bilakah perlumbaan akan dimulakan semula.

Ini kerana jelasnya, kontrak akan bergantung kepada perlumbaan ini.

“Setengah pelumba dibayar gaji pada setiap perlumbaan, dan setengah lagi mungkin dibayar melalui kontrak.

“Namun tahun 2021 ini masih tiada perlumbaan, pasti sukar untuk kontrak baharu dibuat kerana ketakutan penaja untuk terus menaja,” kata Ramdan.

Kedua pelumba ini berharap agar kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dapat meneliti semula kaedah terbaik bagi memastikan sukan permotoran ini tidak ‘lumpuh’.

Kedua mereka turut berharap agar semua pelumba, atlet mahupun mereka yang terkesan dengan COVID-19 terus tabah dan berusaha untuk tukar karier demi kelangsungan hidup.

Penunggang negara jangan dibiarkan sesat, kata Azlan Shah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker