Rumah Paling Sempit Akhirnya Bakal Dijual RM5.3 juta

LONDON: Sebuah rumah yang dinobatkan sebagai kediaman paling sempit di London bakal dijual dengan harga 950,000 pound (RM5.3 juta).

Rumah setinggi lima tingkat itu merupakan sebuah kedai menjual topi sebelum ini dan dibina pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.

RUMAH yang dicat warna biru gelap ini disifatkan sebagai kediaman paling sempit di London dan bakal dijual pada harga 950,000 pound. – AFP

Penolong Pengarah Jualan di syarikat hartanah Winkworth, David Myers berkata, rumah unik itu mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi kerana ia sebahagian daripada sejarah London.

Katanya, dimensi saiz setiap tingkat rumah tersebut adalah berbeza dengan bahagian dapur di tingkat paling bawah merupakan ruang paling sempit.

“Tiada rumah di London berukuran 1.7 meter dan setiap ruang rumah ini mempunyai nilai estetika tersendiri.

“Rumah ini sesuai didiami oleh pasangan muda atau individu yang sukakan keunikan,” katanya. – AFP

Sumber: Channel News Asia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker