Mengapa pasar malam boleh beroperasi, tetapi bukan tempat tarikan pelancong?


Sebuah kumpulan yang mewakili tarikan pelancong di Pulau Pinang kesal kerana pasar malam dibenarkan beroperasi tetapi bukan tempat-tempat pelancongan, walaupun ada permintaan untuk membukanya dengan jumlah pengunjung yang terhad.

Pengerusi Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang Ch’ng Huck Theng berkata, tempat-tempat ini harus dibenarkan dibuka kerana telah melaksanakan kawalan orang ramai dan kebersihan yang betul sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Katanya, sektor ini adalah penyumbang utama pelancongan di Pulau Pinang yang biasa meraih pendapatan sekitar RM1 bilion setiap tahun serta memberi pekerjaan kepada kira-kira 10,000 orang.

“Mengapa kita berdebat tentang makan besar (sempena tahun baharu Cina) di kala rakan-rakan dan orang yang kita sayangi tidak bekerja dan sukar memenuhi keperluan?

“Kami kecewa dan bingung apabila pasar malam dibenarkan beroperasi tetapi bukan sektor pelancongan.

“Kebanyakan tarikan di Pulau Pinang berlesen dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang betul. Kami sangat selamat dan bersedia untuk dibuka bila-bila masa,” kata Ch’ng dalam kenyataan.

Tambahnya, para pengendali tempat tarikan pelancong bersedia berdepan dengan garis panduan lebih ketat dan hukuman yang lebih keras sekiranya didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Kata Ch’ng, membuka tempat-tempat ini akan membolehkan rakyat Malaysia berehat sepanjang PKP, tetapi beliau bersetuju bahawa hanya kumpulan-kumpulan kecil yang boleh dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

Tarikan pelancongan di Pulau Pinang telah mencatatkan kerugian yang tinggi, menyebabkan banyak tempat menarik ditutup untuk jangka masa yang panjang.

Ch’ng, yang mengetuai persatuan mewakili 60 anggota, berkata ramai pengendali kini mempertimbangkan untuk menutup terus premis mereka supaya tidak lagi rugi.

Bulan lepas, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata, industri pelancongan berada di ambang kehancuran kerana wabak dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini.

Katanya, hotel-hotel akan tutup sekiranya sempadan kekal ditutup, dan agensi-agensi pelancongan, terutamanya yang menyediakan pengangkutan, juga akan mengalami nasib yang sama.

MATTA berkata, kira-kira 5,000 syarikat pelancongan sedang berada dalam situasi terdesak dan memerlukan campur tangan kerajaan untuk menolong mereka bertahan. FMT

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker