Pensyarah universiti edar dadah MDMA, LSD ditangkap


Seorang pensyarah lelaki di sebuah universiti di Selangor ditahan kerana terlibat dalam pengedaran dadah.

Tangkapan lelaki berusia 31 tahun itu dibuat susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang terlibat dalam Operasi Khas, semalam.

Dalam operasi itu, polis merampas satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis MDMA (Anggaran Berat : 16.65 gram) di tepi jalan di Kuchai Maju, Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, suspek mendapat bekalan dadah MDMA melalui laman ‘dark web‘ dan ganja diperolehi dari seorang lelaki lain.



Ketua Polis Daerah Bricksfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, hasil pemeriksaan ke atas pensyarah berkenaan, polis merampas ganja (AB: 1,380 gm), serbuk MDMA (AB: 3.3 gm) 10 biji kapsul MDMA (AB: 3.17 gm) dan 19 keping LSD mengandungi 1,380 ug (mcg).

Ujian saringan awal air kencing ke atas pensyarah berkenaan turut mendapati suspek positif dadah jenis Cannabis (THC).

Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Februari 2021.

Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.



Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 500 orang penguna dadah yang dianggarkan bernilai RM7,480

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM2,000.

Menurutnya, suspek terlibat dalam aktiviti dadah selama tujuh bulan dan setakat ini siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenalpasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan diperolehi.

Hasil tangkapan tersebut, polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan. MG



Edar dadah dalam lokap, pegawai kanan IPD Kota Tinggi berdepan tindakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker