Laluan hijau: Adakah Indonesia negara yang berjaya kawal Covid-19? – Najib


Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan laluan hijau dengan Indonesia supaya warga kedua-dua negara boleh saling lawat-melawat tanpa dikuarantin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebiasaannya Laluan Hijau Covid-19 hanya membabitkan negara yang berjaya mengekang penularan virus itu, seperti mana yang dimaklumkan oleh kerajaan pada tahun lalu.

”Sebab itu, Singapura gantung perjanjian laluan hijau dengan kita bulan lepas setelah penularan Covid melonjak naik di Malaysia.

”Dan sebab itu juga, negara Brunei tidak layan permintaan kita untuk wujudkan laluan hijau dengan kita apabila melihat penularan Covid Malaysia tidak terkawal,” katanya dalam hantaran di Facebook.



Soal Najib, adakah Indonesia yang merekodkan sebanyak 12,156 kes baharu dengan 191 kematian pada hari ini serta 176,433 kes aktif boleh dikategorikan sebagai negara yang telah berjaya kawal Covid-19.

”Apakah jaminan bahawa mutasi baru dari negara tersebut tidak akan menular ke Malaysia melalui laluan hijau ini memandangkan negara itu merupakan sumber asal mutasi Covid pertama yang menular dengan 10 kali lebih laju dan mencetus gelombang ketiga Malaysia tahun lepas?,” tanya beliau lagi. MG

https://mykmu.net/2017/07/04/kawal-parti-sendiri-pun-tak-boleh-macam-mana-nak-kawal-dap/



Related Articles

One Comment

  1. BOSSKU harus faham tujuan muhyiddin cakap merepek tentang nak adakan laluan hijau dengan indonesia, ianya bertujuan untuk mewujudkan variant covid19 yang baharu di Malaysia supaya penularan & jangkitan terus berlaku…idea merepek muhyiddin ini boleh melengah lebih lama PRU15 dari dapat diadakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker