PM putus hadir sidang APEC di AS

PM putus hadir sidang APEC di AS

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memutuskan untuk hadir dalam Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa Malaysia tidak berganjak dalam isu perjuangan hak rakyat Palestin, lapor Bernama.



APEC ialah forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling bergantungan yang semakin meningkat di Asia Pasifik.

Minggu Pemimpin Ekonomi APEC akan diadakan di San Francisco, California dari 11 hingga 17 Nov ini.

Semua 21 ekonomi anggota APEC menyumbang hampir 40% daripada populasi global, hampir 50% daripada perdagangan global dan lebih 60% eksport barangan Amerika Syarikat.

Ekonomi anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam. FMT



PM putus hadir sidang APEC di AS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker