Najib bakal fail saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit

Najib Razak akan memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam bukunya yang diterbitkan baru-baru “My Story: Justice in the Wilderness” yang mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi.

“Ya, kami akan menyaman beliau bagi pihak anak guam kami. Semalam, Thomas telah memberi jawapan kepada surat tuntutan kami …. beliau menyangkal memfitnah anak guam kami.



“Penerbitnya, GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd belum menjawab surat tuntutan kami. Kami akan mengemukakan saman fitnah terhadap Thomas dan penerbit secepat mungkin,” kata Muhammad Shafee.

Pada 2 Feb, Najib melalui peguamnya Shafee & Co, menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas atas dakwaan memfitnah beliau di dalam buku yang ditulis bekas peguam negara itu.

Dalam surat itu, Najib menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas sebelum 12 tengah hari Jumaat lalu dan menyatakan bahawa sekiranya Thomas gagal melakukannya, prosiding undang-undang akan dimulakan awal minggu ini.

Beliau juga menuntut agar kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah di dalam bab 42 di bawah tajuk “Altantuya”.



Dokumen itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai peguam negara dan pendakwa raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka membunuh Altantuya.

Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut jelas bermotifkan mala fide (niat jahat) dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, keuntungan dan atas dasar sensasi-FMT

Kes Altantuya: Keputusan hukuman mati Azilah kekal



Hina Jata Negara: Rakyat tolak permohonan maaf penerbit!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker