Kes Altantuya: Keputusan hukuman mati Azilah kekal

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan perbicaraan semula bekas Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri untuk mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 14 tahun lalu.

Dengan ini hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan bagi pertuduhan itu, sebelum ini dikekalkan.

Keputusan itu dibuat oleh panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernom Ong Lam Kiat, Puan Seri Zaheha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK, Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan empat Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernom Ong Lam Kiat, Puan Seri Zaheha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sementara Najib diwakili Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah.
Terdahulu, Muhammad Shafie memberitahu mahkamah, anak guamnya itu berhak mencelah dalam prosiding semakan kehakiman itu memandangkan nama beliau disebut dalam akuan bersumpah (SD) setebal 32 muka surat yang dikemukakan Azilah pada 5 Disember 2019.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker