Air Selangor: Bekalan dijangka pulih 3 petang ini – Exco

Bekalan air di 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang terjejas dijangka pulih pukul 3 petang ini berikutan bacaan 0 ton direkodkan tiga kali berturut-turut pada Selasa.

Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Pengerusi Bersama Hal Ehwal Selain Hal islam (HESI), Hee Loy Sian, sekitar pukul 4.45 pagi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor telah kembali beroperasi selepas (bacaan) 0 ton tiga kali berturut-turut.

“Selepas pukul 3 petang air akan pulih secara berperingkat. Mungkin ada gangguan tidak stabil dan tekanan rendah sahaja, Air Selangor masih berterusan memastikan air pulih malam ini juga,” katanya dalam sidang media pada selepas mengadakan lawatan di Sungai Pinang tengah hari Selasa.

Terdahulu, Air Selangor dalam satu kenyataan media memaklumkan bekalan air di 1,274 kawasan di Selangor sekali lagi terjejas apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi.



Tindakan diambil berikutan pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor menyebabkan LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam seLRmalam, manakala LRA Sungai Selangor pula pada pukul 1 pagi tadi.

Ia melibatkan 1,274 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker