Keluarga Magdalena Terima Sumbangan

Georgetown: “Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sumbangan, hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya.”

Begitu kata Magdalena Herkules Manulu, 39, selepas kisahnya menyelongkar tong sampah bagi mencari barangan terpakai untuk dijual demi menyara dua anak dan suami yang diserang angin ahmar dilaporkan Harian Metro, mendapat simpati orang ramai.

Demi Kelangsungan Hidup…Bakti Isteri Hamil Jaga Suami Terlantar



Magdalena yang hamil tujuh bulan berkata, walaupun kurang 24 jam ia disiarkan, dia tidak putus menerima sumbangan orang ramai.

Katanya, sumbangan wang diterima daripada masyarakat akan digunakan bagi menanggung kos rawatan suaminya, Choong Nai Fatt, 44, selain membeli beberapa keperluan seperti susu khas dan lampin pakai buang.

“Saya turut menerima sumbangan kerusi roda daripada individu Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai kemudahan ketika membawa Nai Fatt ke hospital kelak.



“Wang sumbangan masyarakat itu akan digunakan sebagai kos rawatan suami supaya dia cepat sembuh dan sihat sekaligus mengakhiri kesusahan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Lenggong, Jelutong, di sini.

Magdalena ditemui ketika menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) yang turut memberi wang tunai sumbangan kilat dan barangan keperluan berjumlah kira-kira RM4,000.

Ketua Pegawai Operasi Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sumbangan berkenaan hasil pemberian masyarakat yang menyumbangkan kepada yayasan terbabit.

Katanya, pihaknya juga akan memastikan dua anak Magdalena, Choong Ro Ueen, 9, dan Choong Yee, 3, menjalani persekolahan dengan baik.



“Bantuan ini diberi atas dasar prihatin dan kemanusiaan berikutan kesusahan yang dialami keluarga berkenaan.

“Kita akan lihat jenis bantuan lain yang dapat diberi kepada keluarga ini dan YADIM juga menggalakkan orang ramai menyumbang kepada yayasan bagi disalurkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama Penyelaras Yadim Pulau Pinang Mohd Afifi Ruslan.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai Magdalena yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik, diserang angin ahmar kali kedua Disember lalu.



Setiap hari, Magdalena menyelongkar tong sampah di sekitar rumah bagi mencari barangan lusuh sebelum menjualnya di pasar karat dengan pendapatan sekitar RM20 sehari.-HM

NGO akui sumbangan ke hospital berkurang kerana ada pihak lain lebih memerlukan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker