Bomba Selamatkan Lelaki Enggan Keluar Dari Tasik

Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang mengalami masalah mental diselamatkan bomba selepas terjun ke dalam tasik berhampiran sebuah resort di kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, malam tadi.

Tindakan lelaki berusia 30-an dari Dungun yang berendam di dalam tasik berkenaan dalam tempoh masa lama menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Orang awam kemudian menghubungi anggota bomba dan polis selepas usaha memujuk lelaki terbabit untuk naik ke tebing gagal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.15 malam sebelum sebuah jentera dengan sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita menerima panggilan kecemasan orang awam mengatakan ada lelaki lemas di tasik itu.

“Bagaimanapun, sebaik tiba kita mendapati lelaki terbabit bukan lemas sebaliknya sengaja berendam dalam tasik berkenaan dan enggan naik ke tebing selepas dipujuk orang ramai yang melihat kejadian itu.

“Lelaki terbabit kemudian berjaya dipujuk dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.-HM

Misteri makhluk gergasi di Tasik Loch Ness

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker