Selangor catat kadar kebolehjangkitan harian tertinggi – KKM

Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99, katanya.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker