Loji penyulingan air laut keempat Singapura mula beroperasi

A cleaner walks along the walkway at the promenade of Marina Bay Sands in Singapore on February 4, 2021. (Photo by ROSLAN RAHMAN / AFP)

SINGAPURA: Singapura pada Khamis memulakan operasi loji penyulingan keempatnya di Marina East yang mampu menghasilkan 137,000 kubik meter air atau kira-kira 30 juta gelen air bersih sehari.

Loji itu dikendalikan oleh Marina East Water Pte Ltd untuk tempoh konsesi selama 25 tahun dari tahun 2020 hingga 2045, di bawah perjanjian Reka Bentuk, Bina, Miliki, dan Beroperasi dengan Lembaga Utiliti Awam (PUB), agensi air kebangsaan yang menguruskan pengumpulan, pengeluaran, pengedaran dan reklamasi air di Singapura.

Marina East Water adalah anak syarikat milik penuh Keppel Infrastructure Holdings Pte Ltd.

“Penyulingan air laut adalah salah satu daripada empat sumber air Singapura.

“Tidak seperti air import, air hujan dan air kitar semula, sumber air menerusi penyulingan air laut tidak pernah putus,” kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee dalam satu kenyataan.

“Ia juga tahan dengan pelbagai jenis cuaca dan sumber bekalannya sentiasa tersedia, hujan atau panas, ia adalah sumber air untuk kehidupan.

“Ketersediaan bekalan penyulingan air laut itu menjadikan bekalan air Singapura sangat berdaya tahan.”

Dikenali sebagai Keppel Marina East Desalination Plant (KMEDP), loji itu mula beroperasi secara komersial dari 29 Jun 2020.

Loji tersebut dapat merawat air laut atau air tawar yang diambil dari Marina Reservoir, bergantung pada keadaan cuaca.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Keppel Infrastructure (Keppel), Dr Ong Tiong Guan berkata pengembangan dan operasi KMEDP seiring dengan Visi 2030 Keppel, iaitu visi kumpulan itu memberikan penyelesaian persekitaran untuk menyumbang kepada perbandaran yang mampan.

“Loji itu siap mengikut jadual dalam tempoh penularan COVID-19, ia adalah bukti kepada kedudukan kukuh Keppel dan PUB dan jalinan kerjasama yang erat,” katanya.

— BERNAMA

Sungai Kundang pula tercemar, tak mengapa MB ada boleh tolong bau lagi

Cecair termahal di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker