Sungai Kundang pula tercemar, tak mengapa MB ada boleh tolong bau lagi · MYKMU.NET

Sungai Kundang pula tercemar, tak mengapa MB ada boleh tolong bau lagi

Share

KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor mengesan pencemaran bau dengan kiraan 4 TON (kiraan kesan bau) di Sungai Kundang, dipercayai berpunca daripada limpahan kawasan takungan berhampiran Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di Taman Velox, Rawang, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Menurut hantaran Twitter LUAS, kejadian juga dipercayai berpunca daripada kebocoran yang disebabkan hujan lebat di kawasan itu.

Pegawai penguat kuasa mengambil sampel air di Sg Kundang bulan lepas. (Gambar Facebook LUAS)

Dalam pada itu Air Selangor telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan 14 beg “activated carbon” di aliran keluar dan di dalam takungan di kawasan longkang berhampiran loji rawatan tersebut.

“Tiada henti tugas loji rawatan air dan gangguan bekalan air dilaporkan,” demikian menurut hantaran itu.

Menurut LUAS, pihak IWK juga sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

Leave a Reply