Kisah Kapten Azrin Mohamad Zawawi hanya sebahagian dari derita rakyat – Najib Razak

Ingat kisah Kapten Azrin Mohamad Zawawi?

Saya berkesempatan makan di gerai Kapten Corner dan gerai-gerai bersebelahan.

Kapten Azrin dahulunya juruterbang. Akibat Covid-19 dan masalah ekonomi, kini menjadi peniaga kecil.



Saya tahu ramai juga yang sedang berusaha sendiri.

Ramai hilang kerja. Ramai hilang punca pendapatan. Ramai terjejas kehidupan mereka.

Najib ‘ajar’ bos KWSP kira-kira



Rakyat tiada pilihan.

Nak dapat kerja baru, tak mudah malah tiada.

Peluang yang ada hanya berniaga kecilan.

Tidak mengapa. Kita bantu dan jaga sesama kita.



Sokong usaha peniaga kecil!

Saya juga mendengar banyak rintihan dan keluhan.

Walaupun berniaga, tetapi pendapatan tidak stabil dan amat rendah. Ada yang tidak cukup menampung kos, tidak cukup untuk sara keluarga.

Rakyat mahu dan perlukan pelan tindakan yang menyeluruh.



Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

Kita tidak boleh membiarkan masalah ekonomi berterusan. Ini membawa kesan besar dan berpanjangan.

Kita tidak boleh membiarkan rakyat menghadapi masalah pendapatan dan kewangan. Ini membawa ketidakstabilan dan kesusahan.



Cadangan-cadangan yang saya bawa ke Parlimen tempoh hari hanyalah permulaan dan sebahagian.

Pada pendapat saya, sepatutnya banyak lagi yang kerajaan boleh laksanakan.

Nak tunggu sampai bila? Sampai rakyat hidup merana?

Masa itu, sudah terlewat.



Saya akan terus bersuara dan kemukakan cadangan.

Rakyat didahulukan.

Najib Razak

COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker