Lelaki ditemui mati selepas gantung diri di tingkap rumah kedai terbiar

IPOH – Seorang lelaki ditemui mati selepas menggantungkan diri di luar tingkap sebuah bangunan rumah kedai terbiar di Jalan Pengkalan Barat 32, Pasir Puteh di sini hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang lelaki pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu tergantung di tingkap luar bangunan rumah kedai dua tingkat sebelum terjatuh ke tanah semasa saksi sedang menghubungi pihak polis.

“Tempat kejadian merupakan rumah kedai dua tingkat yang tidak digunakan lagi di mana mangsa telah menggantungkan diri dengan tali kecil di luar tingkap.

“Keadaan tali kecil yang digunakan simati untuk menggantung diri menyebabkan dia terjatuh ke tanah dari tingkat dua bangunan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tubuh badannya tidak menjumpai kesan yang berunsur jenayah.

Katanya, tiada sebarang dokumen dijumpai di lokasi kejadian bagi mengesan identiti lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan luaran tiada kesan-kesan jenayah di badan mangsa dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Periksaan di lokasi kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambahnya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris simati dan orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Lelaki Ini Sanggup Panjat Tingkap Hospital Untuk ‘Lawat’ Insan Yg Istimewa Buat Ramai Sebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker