Hormatlah usaha Ebit Liew, jangan lebih sudu dari bubur


AKU berasa tidak selesa dengan komen orang ramai yang menunjuk pandai. Kalau yang tunjuk pandai ini turun ke lapangan dan beri sumbangan.

Sanggup berkorban tenaga, masa dan wang ringgit, tidak akan ada insan seperti Ebit Liew.

Ebit Liew melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain iaitu menggerakkan sumbangan secara besar-besaran kepada mereka yang terlepas pandang oleh kerajaan dan pihak berkuasa, mahu pun badan bukan kerajaan di negara ini.

Ada yang menunjuk pandai mengaitkan kes serangan pengganas Sulu dan kawasan yang dimasuki Ebit Liew tidak wajar dimasuki.

Di mana agaknya otak orang yang menulis itu, kerana Ebit Liew hadir untuk memberi bantuan dan bukannya berkempen politik atau mahu berniaga mahupun merekrut pengganas.

Ada pula yang menulis Ebit Liew sengaja membuat kenyataan yang samar-samar dihalang memberi bantuan dan berdakwah hingga menimbulkan fitnah.

Sebenarnya mereka yang memfitnah orang yang berniat baik dan telah membantu ribuan orang dan menjadi idola jutaan orang.

Kehadiran orang seperti Ebit Liew sedikit sebanyak dapat melegakan rakyat yang terdesak pada masa ini.

Hendak mengharapkan orang politik mereka hanya akan muncul apabila berlaku pilihan raya.

Jadi ketika Covid-19 mengganas ini sepatutnya diadakan pilihan raya maka orang politik sanggup mati dijangkiti wabak daripada kalah dalam pilihan raya.

Jadi Ebit Liew tidaklah perlu berhabis masa, tenaga dan wang ringgit membantu rakyat yang susah.

Ada pula yang menulis sinis menghina golongan yang dibantu oleh Ebit Liew yang dikatakan seperti lalang akan berpura-pura menganut Islam, tetapi mereka kembali ke kehidupan biasa bila pendakwah pulang.

Sikap sebeginilah yang membantut usaha penyebaran Islam di negara ini.

Mereka meletakkan pelbagai syarat untuk menyampaikan dakwah, begitu juga terlalu berkira apabila mahu membantu seseorang.

Insaflah penduduk negara ini. Insan seperti Ebit Liew bukan sepatutnya dikecam usaha yang dilakukan, tetapi harus disokong dan menjadi ikutan keseluruhan masyarakat. SM

Leave a Reply