“Ya Allah, Kesiannya” – Wanita Grab Food Hancur Kaki Kiri Selepas Dirempuh Lori Dari Belakang

Seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan Grab Food hancur kaki kiri selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kejadian di Jalan Lintas Labuk, Sandakan hari ini (3/2/2021)

Menurut laporan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.



Jelasnya lagi, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri akibat rempuhan daripada lori berkenaan

Mangsa kini telah pun dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.



Walau bagaimanapun, pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut mengenai kes itu kini dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Insiden polis dirempuh semakin meningkat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker