Kelantan tanpa Annuar Musa PRU15?

Kelantan tanpa Annuar Musa PRU15?

Arena politik negeri ini yang sebelumnya ‘dingin’ bertukar ‘kecoh’ apabila nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Utusan Malaysia setakat ini difahamkan hanya dua nama penyandang yang masih diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon Parlimen pada PRU15 nanti iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Jazlan Yaakub dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li di Gua Musang.



Difahamkan, Annuar bakal digantikan oleh Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Bagaimanapun, cakap-cakap yang mulai tersebar sejak malam tadi itu tidak dapat dipastikan kebenarannya sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat di negeri ini terutama kawasan Parlimen Ketereh.

Sementara itu, bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, hanya dua nama calon sahaja yang disebut sebagai kekal mempertahankan kerusi Parlimen masing iaitu Ahmad Jazlan dan Ku Li.

Katanya, pada PRU-15 kali ini terdapat rombakan baharu yang dilakukan iaitu menampilkan 86 peratus calon muda ditampilkan.



“Bagaimanapun, keputusan akan diumumkan nanti oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti nanti,” katanya.

Utusan Online semalam melaporkan, Annuar mahu mengekalkan prinsipnya untuk tidak bertanding di tempat lain selain Ketereh jika ditawarkan sebagai calon PRU-15.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, beliau tetap memilih untuk menawarkan diri dan berkhidmat di tempat kelahirannya sendiri, malah, tidak berpindah meskipun berdepan kekalahan pada pilihan raya sebelum ini

Pada PRU-14 Annuar berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas dan PKR. Utusan



Kelantan tanpa Annuar Musa PRU15?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker