Bekas Peguam Negara Lawan Bekas Peguam Negara

 

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali akan membuat laporan polis terhadap seorang lagi bekas penjawat jawatan sama Tommy Thomas.

Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mengesahkan dia akan membuat laporan polis di balai polis Sentul, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang ini.



“Ya,” katanya ringkas ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui pesanan teks.

Dia juga mengiyakan ketika ditanya sama ada ia berkaitan tulisan Thomas dalam memoirnya yang diterbitkan baru-baru ini.

Apandi berkata dia akan diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu petang ini dan kenyataan media akan diedarkan selepas itu.

Apandi bagaimanapun tidak menyebut secara khusus berkaitan aduannya itu.



Kelmarin, bekas peguam cara negara Hanafiah Zakariah juga membuat laporan polis terhadap Thomas atas dakwaan memfitnyanya sebagai tidak mampu mengetuai dan mengawasi kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Apandi tuntut ganti rugi disingkir sebagai peguam negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker