2 anak maut ibu asyik karaoke

Gambar Hiasan

Aceh: Menyayat hati apabila dua beradik lemas dalam tangki kumbahan ketika ibu mereka dipercayai asyik berkaraoke di dalam rumah.

Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, pada Selasa lalu.

Mangsa, Alfizil Aini, 4, dan adiknya, Zikra Hidayatullah, 2, dilaporkan meninggal dunia di dalam tangki berkenaan.

Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra memberitahu tangki itu terletak di belakang rumah mangsa.



Katanya, tangki itu sebenarnya sedang dibersihkan ibu mangsa, Suhar, 35, manakala kedua-dua anaknya bermain di kawasan itu.

“Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan nada suara yang tinggi.

“Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tidak berada di dalam rumah.

“Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam berkenaan,” katanya.



Menurut Delyan, Suhar menjerit ketika melihat keadaan anaknya tidak bergerak di dalam lubang berkenaan

Jeritan itu didengari jirannya, Sumarlan, 38, yang melompat ke dalam tangki untuk menyelamatkan mangsa.

Sumarlan berusaha membawa mangsa ke bidan desa untuk mendapatkan rawatan awal.

Namun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.



Pasangan Gay Meraung Disebat 80 kali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker