Pusara ‘Adik Amir’ terus jadi tumpuan orang ramai

 

JASIN: Pemergian kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka sememangnya memberi kesan hebat kepada masyarakat.

Meskipun selepas 24 jam jenazah kanak-kanak itu disemadikan, pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, di sini masih menjadi tumpuan orang ramai.



Seorang peniaga, Anamira Muslim, 34, berkata dia yang kebetulan berada di kawasan sekitar untuk menghantar barangan jualannya mengambil peluang menziarahi pusara ‘anak syurga’ itu selepas mengikuti kisah kanak-kanak itu sejak awal kejadian.

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

“Memang daripada awal bila baca laporan media tentang kes adik ‘Amir’ ini saya amat terkesan sebab tidak boleh terima kanak-kanak seawal usia itu terpaksa menanggung derita (didera) ini.



“Lagi pula saya juga merupakan seorang ibu dan faham sangat perasan ibu angkatnya yang membela kanak-kanak itu dari bayi sampailah dia besar. Itu yang kebetulan lalu sini saya singgah,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui Astro Awani di tanah perkuburan itu.

Perkara sama turut dikongsi seorang pekerja pembersihan, Mohd Hanzala Ramlan, 34, yang turut mengambil peluang menziarahi pusara kanak-kanak itu.

[VIDEO] Wanita Didera, Dipukul & Dicucuh Dengan Colok, Polis Sedang Memburu Si Pelaku



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker