Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

 

Allahyarham bersama ibu angkatnya yang penyayang sebelum kanak-kanak malang ini diambil oleh ibu kandung dan bapa tirinya

 

MELAKA – Sepasang suami isteri masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari sehingga 5 Februari depan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati dalam tong air disyaki didera di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini pada petang Jumaat.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Suspek dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.20 pagi selepas ditahan di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada Jumaat, kanak-kanak berkenaan, ditemukan lemas dalam tong air di rumah tersebut dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, Bilik Gerakan ( DCC ) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bahawa anaknya telah mati lemas dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.-SH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker