Kerajaan Sabah tidak pernah melarang sesiapa laksana kerja kebajikan


KERAJAAN negeri Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa sahaja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini.

Ini termasuk tidak pernah mengeluarkan arahan melarang penceramah bebas, Ebit Lew meneruskan kerja amal di pantai timur Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pihaknya juga merujuk sama ada polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ada mengeluarkan larangan terhadap penceramah berkenaan.

“Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa sahaja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini. Polis dan ESSCOM juga menyatakan perkara sama.



“Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan.

“Polis dan Angakatan Tentera Malaysia (ATM) memandang berat perkara ini agar tidak menjadi sasaran sebarang cubaan jenayah,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 Sabah, di Kota KInabalu, malam ini. SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker