[VIDEO] Wanita Didera, Dipukul & Dicucuh Dengan Colok, Polis Sedang Memburu Si Pelaku

Semalam mula tular dua video mengenai kes seorang wanita telah didera oleh sepasang suami isteri berbangsa Cina.

Video tersebut telah menimbulkan kemarahan warga maya dengan tindakan pasangan tersebut yang tidak berperikemanusiaan.

Polis sedang menjejaki si pelaku

Kini difahamkan pihak polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan terhadap kejadian tersebut.



Di dalam video tersebut kelihatan seorang wanita dipukul di bahagian badan dan mukanya ditampar selain tapak kakinya dicucuh dengan colok.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mengesyaki kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Taman Mas, Kampung Koh, Sitiawan Perak.

Berikutan daripada insiden tersebut, siasatan dijalankan selepas satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki di Kuantan, Pahang.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Pelaku telah menghilangkan diri

 

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung tu lagi, individu yang sedang dikesan itu merupakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lau Kah Wai berusia 22 yang beralamat di Simpang Empat Jalan Bagan Datuk, Taman Melintang Ria, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.

Polis telah melawat di tempat kejadian itu tetapi rumah berkenaan tidak berpenghuni. Berdasarkan keterangan jiran, kedua-dua mereka tinggal di rumah tersebut tetapi tidak pulang ke situ sejak beberapa hari lalu.

Diminta tampil ke Balai Polis

Kini polis masih menyiasat punca kejadian, identiti mangsa serta hubungan antara ketiga-tiga mereka.



Dalam masa yang sama, polis turut meminta kedua-dua mereka tampil ke IPD Manjung atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kedua-dua individu itu diminta menghubungi Inspektor Muhammad Sollehuddin Rahmat di talian 013-7908995.

Sumber: Media Malaysia-MM

Kredit: Bawang Rangers

Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa dera diselamatkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker