Penunggang Basikal Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

Penunggang Basikal Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

NILAI: Seorang penunggang basikal maut selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Temiang-Pantai di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu ialah lelaki berusia 72 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 26 tahun telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar basikal ditunggang mangsa di bahu kiri jalan.

“Ketika itu Perodua Axia terbabit dipandu dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor,” katanya kepada media pada Rabu.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan,” katanya.-SH

Penunggang Basikal Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker